Panduan Perbualan Berdasarkan Video – PSLE Bahasa Melayu

[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.0.47″ custom_padding=”29.0156px|0px|0|0px|false|false”][et_pb_row _builder_version=”3.0.48″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text _builder_version=”3.7″]

Panduan Perbualan Berdasarkan Video PSLE Bahasa Melayu

 

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row _builder_version=”3.7″][et_pb_column type=”1_3″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_image _builder_version=”3.7″][/et_pb_image][et_pb_text _builder_version=”3.7″]

Gunakan Kod Promo SAYA BOLEH dan jimat $5!

[/et_pb_text][et_pb_button button_url=”http://pslebahasamelayu.akar.com.sg” url_new_window=”on” button_text=”Beli Sekarang! (Kedai %22Online%22)” button_alignment=”center” _builder_version=”3.7″ custom_button=”on” button_text_size=”16px” button_text_color=”#e02b20″ button_bg_color=”#edf000″ button_border_color=”#e02b20″ button_border_radius=”12px” button_letter_spacing=”0px” button_font=”Arial|700|||||||” button_icon=”%%114%%” button_icon_placement=”left” button_on_hover=”off” box_shadow_style=”preset2″ box_shadow_vertical=”4px” box_shadow_blur=”8px” box_shadow_spread=”-3px” box_shadow_color=”#000000″ animation_style=”bounce”][/et_pb_button][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_3″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text _builder_version=”3.7″]

[/et_pb_text][et_pb_text _builder_version=”3.7″]

  • Nyatakan tema-tema yang sering dipaparkan dalam video.
  • Berapakah jumlah soalan rangsangan yang akan diajukan oleh pemeriksa?
  • Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan?
  • Fikirkan panduan untuk menguasai bahagian ini.

[/et_pb_text][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_3″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.7″ custom_padding=”29.0156px|0px|0|0px|false|false”][et_pb_row _builder_version=”3.7″][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text _builder_version=”3.7″]

[/et_pb_text][et_pb_text _builder_version=”3.7″]

Perbualan Berdasarkan Video

Bahagian kedua dalam komponen lisan ini bernilai 30 markah.

Setiap murid yang menduduki peperiksaan lisan akan diberikan 10 minit untuk membuat persiapan sebelum diuji di sebuah bilik persiapan. Murid dikehendaki menonton sebuah klip video pendek yang panjangnya berukuran 55-60 saat. Murid bolehlah membahagikan masa 10 minit untuk membaca teks dan video berulang kali.

Bahagikan masa untuk menonton video sebanyak 2-3 kali. Setelah itu, gunakan masa yang selebihnya untuk membuat persiapan bagi menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya berdasarkan video.

Sebagai permulaan, murid perlu mengenal pasti apakah tema yang terdapat dalam setiap video yang telah mereka saksikan. Fikirkan tema-tema yang sesuai dengan menggunakan empat jenis skop;

  1. Skop Diri
  2. Skop Keluarga
  3. Skop Masyarakat
  4. Skop Negara 

Penting untuk murid mengecam tema dalam setiap video kerana mengenal pasti tema akan membantu kita bergerak ke langkah-langkah seterusnya.

 

Kompilasi Beberapa Tema-Tema Video

Internet

Teknologi/ICT

Media sosial

Media massa

Keluarga

Remaja

Masalah sosial

Sukan dan riadah

Pendidikan

Bahasa dan Budaya

Nilai-nilai murni

Pekerjaan

Alam sekitar

Pencemaran alam

Perubatan dan Kesihatan

Pengangkutan dan kemudahan awam

Semangat kenegaraan

Keharmonian kaum

Kerja-kerja kemasyarakatan

Estet perumahan

 

Fikirkan beberapa perkara penting sebagai persediaan sebelum memasuki bilik peperiksaan.

  • Fikirkan perkara-perkara positif dan negatif yang telah kamu saksikan dalam klip video tersebut.
  • Fikirkan juga pengalaman-pengalaman kamu yang berkaitan dengan tema video tersebut.
  • Fikirkan saranan-saranan yang boleh diberikan berdasarkan tema video itu.

 

Guru pemeriksa lisan akan mengarahkan murid supaya menonton video sekali lagi selepas pelajar menyelesaikan bahagian pertama. Inilah peluang pelajar untuk menonton video tersebut sekali lagi dan perhatikan perkara-perkara penting dalam video tersebut.

Guru pemeriksa melihat beberapa faktor utama untuk menilai setiap pelajar.

Respons Peribadi dan Pengembangan Idea (15 markah)

  • Memerlukan bantuan yang sedikit
  • Boleh memberikan respons yang terperinci serta pengembangan yang lengkap
  • Melibatkan diri dalam perbualan dan bertukar-tukar idea secara konsisten

Penggunaan Bahasa dan Kelancaran (15 markah)

  • Menggunakan pelbagai kosa kata yang sesuai
  • Mampu bertutur dengan lancar serta jelas

 

Rubrik Pemarkahan Untuk Bahagian Perbualan Berdasarkan Gambar

Respons Peribadi & Pengembangan Idea

(15 markah)

Penggunaan Bahasa & Kelancaran

(15 markah)

·     memerlukan bantuan yang minimal

·     mampu memberikan respons yang cukup beserta pengembangan

·     melibatkan diri dalam perbualan dan bertukar-tukar idea secara konsisten

·     menggunakan pelbagai kosa kata yang sesuai

·     mampu bertutur dengan lancar dan jelas

·     sekali-sekala memerlukan bantuan

·     mampu memberikan respons yang cukup beserta sedikit pengembangan

·     kebanyakan masa, melibatkan diri dalam perbualan dan bertukar-tukar idea

·     kebanyakan masa menggunakan pelbagai kosa kata yang sesuai

·     pada umumnya, mampu bertutur dengan lancar dan jelas

·     sering kali memerlukan bantuan

·     mampu memberikan respons beserta sedikit pengembangan

·     sekali-sekala, melibatkan diri dalam perbualan dan bertukar-tukar idea

·     menggunakan kosa kata asas yang kadangkala tidak sesuai

·     pada umumnya, mampu bertutur dengan lancar dan jelas tetapi menggunakan pernyataan yang mudah-mudah

·     sentiasa memerlukan bantuan

·     mampu memberikan sedikit respons tanpa pengembangan

·     hampir tidak mampu melibatkan diri dalam perbualan dan bertukar-tukar idea.

·     kebanyakan masa menggunakan kosa kata asas yang tidak sesuai

·     tidak mampu bertutur dengan jelas; teragak-agak sedikit ketika bertutur

·     sentiasa

·      memerlukan bantuan

·     hampir tidak mampu memberikan respons

·     tidak mampu melibatkan diri dalam perbualan dan bertukar-tukar idea

 

·     menggunakan kosa kata yang amat terbatas hampir pada setiap masa

·     tidak mampu bertutur dengan jelas; teragak-agak ketika bertutur; berjeda agak lama di tempat yang tidak sesuai beberapa kali

 

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row _builder_version=”3.7″ custom_padding=”14.5px|0px|0|0px|false|false”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text _builder_version=”3.7″]

Bahasa Melayu standard berserta sebutan baku.  Ini bermakna bahasa formal dan bahasa tulisan. Guna juga sebutan baku, tetapi jika disebabkan ingin menggunakan sebutan baku membuat murid menghadapi kesukaran untuk menjawab, fokus kepada penggunaan bahasa yang betul iaitu bahasa baku. Pemeriksa juga akan menilai murid daripada segi kelancaran dan isi. Harus berhati-hati.

 

Penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pasar tidak dibenarkan. Sekiranya terdapat beberapa patah perkataan Bahasa Melayu yang murid tidak pasti atau terlupa, cuba jelaskan dengan menggunakan kosa kata yang lebih mudah untuk mengelakkan penggunaan perkataan Inggeris.

 

Contoh:

frasa Inggeris ‘online shopping’

kamu tidak tahu dalam perkataan Melayu tetapi tahu apa itu ‘online shopping’, jadi apa yang kamu harus lakukan adalah jelaskan dalam bahasa Melayu apakah itu ‘online shopping’.

 

 Membeli barang di Internet.

 

Pastikan kamu tidak membuat guru pemeriksa lisan menunggu lama untuk memikirkan apa yang harus dikatakan. Jangan meminta guru pemeriksa sedikit masa untuk kamu berfikir. Namun, murid boleh memberitahu guru pemeriksa untuk mengulangi soalannya kerana kurang dengar.

 

Jenis-Jenis Soalan Perbualan Berdasarkan Video

  • Dalam bahagian ini, guru pemeriksa lisan akan memberi kamu tiga soalan rangsangan yang wajib.
  • Pelajar akan berbual dengan guru pemeriksa berdasarkan topik yang berkaitan dengan tema klip video yang telah ditonton.

 

Tiga soalan rangsangan akan diajukan kepada para murid.

  1. Soalan mengenai perkara-perkara yang telah ditonton dalam klip video.
  2. Soalan berkaitan dengan pengalaman peribadi murid yang berkaitan dengan aktiviti/tema dalam klip video tersebut.
  3. Soalan membincangkan tema video dari sudut masyarakat/negara/global.

 

Panduan Untuk Memberi Isi-Isi Padat

  • Sebelum murid terus menjawab soalan yang diajukan oleh pemeriksa, pastikan kamu mulakan dengan permulaan yang ringkas. Seperti dalam sebuah penulisan karangan, murid harus mempunyai perenggan pengenalan. Namun, tidak perlu terlalu panjang, setakat menyentuh tema dan berikan pengenalan ringkas sudah mencukupi.
  • Apabila murid menjawab soalan pemeriksa, pastikan murid memberi penjelasan yang cukup dengan mengembangkan isi serta memberikan contoh-contoh yang relevan. Berikan sekurang-kurangnya dua atau tiga isi yang relevan. Setelah itu, kembangkan setiap isi dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
  • Jika ada perkataan yang disebut oleh pemeriksa yang pelajar tidak pasti akan maknanya, tanya pemeriksa. Jangan sesekali terus cuba menjawab pertanyaan pemeriksa sebelum kamu benar-benar faham apa yang dikehendaki oleh soalan.
  • Jika tidak dengar apa yang diucapkan oleh pemeriksa, murid harus meminta guru pemeriksa mengulangi soalan itu dengan sopan.

[/et_pb_text][et_pb_text _builder_version=”3.7″][/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.7″][et_pb_row _builder_version=”3.7″][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text _builder_version=”3.7″]

Panduan Menjawab Video Contoh 

Tema Video Contoh:  ICT – Penggunaan Teknologi dalam Pembelajaran

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row _builder_version=”3.7″][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_video box_shadow_style=”preset2″ max_width=”79%” src=”https://youtu.be/7GK4ieeN9fI” _builder_version=”3.7″ image_src=”//i.ytimg.com/vi/7GK4ieeN9fI/hqdefault.jpg”][/et_pb_video][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row custom_padding=”13px|0px|14.5px|0px|false|false” _builder_version=”3.7″][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text _builder_version=”3.7″]

 Soalan Rangsangan

(a) Bolehkah kamu menceritakan salah satu contoh baik yang dapat kamu lihat  dalam klip video tadi?

(b) Pernahkah kamu berada di dalam situasi kamu tidak boleh melakukan tugas-tugas yang memerlukan komputer atau komputer riba kerana tidak ada kedua-dua alat teknologi tersebut?

(c) Penggunaan ICT dalam pembalajaran di sekolah bertambah aktif. Bagaimanakah pihak sekolah boleh membantu murid-murid yang kurang berkemampuan memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer?

 

Jawapan Model untuk Video Contoh

 

Soalan rangsangan (a)

Bolehkah kamu menceritakan salah satu contoh baik yang dapat kamu lihat  dalam klip video tadi?

 

Pengenalan:

Melalui klip video yang telah saya tonton tadi, saya boleh lihat satu contoh baik yang telah dipaparkan.

Apa?

Perkara baik yang ingin saya sentuh ialah sikap menghulurkan bantuan ketika kawan berada dalam kesusahan. Saya boleh lihat ada seorang budak lelaki yang bersusah hati kerana tidak mempunyai alat teknologi seperti yang dimiliki oleh kawan-kawannya yang lain. Oleh itu, dia tidak dapat melakukan tugas yang diberikan oleh gurunya. Nasib baik ada kawan-kawan yang baik hati dan bersuara untuk berkongsi dengannya.

Mengapakah perbuatan itu baik?

Pada pendapat saya, sikap baik itu patut dicontohi kerana kita memang digalakkan menghulurkan bantuan kepada kawan-kawan yang kurang bernasib baik daripada kita. Kita juga tahu penggunaan ICT dalam pembelajaran semakin aktif di sekolah-sekolah dan juga di kelas-kelas tuisyen. Pada masa yang sama, masih ada murid-murid yang tidak mempunyai alat-alat teknologi yang boleh digunakan untuk melengkapkan tugasan yang memerlukan salah satu alat teknologi.

Penutup:

Kita sebagai kawan yang prihatin haruslah membantu kawan-kawan kita. Lantas, perbuatan seperti sikap berkongsi merupakan perbuatan yang baik.

 

Soalan rangsangan (b)

Pernahkah kamu berada di dalam situasi kamu tidak boleh melakukan tugas-tugas yang memerlukan komputer atau komputer riba kerana tidak ada kedua-dua alat teknologi tersebut?

 

Pengenalan:

Kini, memang tidak boleh dinafikan bahawa penggunaan ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah serta di kelas-kelas tuisyen semakin aktif. Namun, masih ada juga murid-murid yang terjejas sekiranya guru-guru memberikan tugasan yang perlu dilakukan di rumah kerana tidak mempunyai alat-alat teknologi seperti komputer. Tiada komputer sebagai contohnya akan menyukarkan kita untuk membuat dan menghantar tugasan pada hari yang telah ditetapkan.

 

Lengkapkan dengan memberi pengalaman kamu:

Saya bersyukur kerana mempunyai sebuah komputer riba untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru. Namun, kawan baik saya sendiri tidak mempunyai sebarang alat teknologi untuk melakukan tugasan-tugasannya. Dia selalu merungut dan mengadu kepada saya kerana keluarganya tidak berkemampuan untuk menyediakannya sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit.

 

Sebagai seorang kawan, saya amat prihatin dengan keadaan kawan baik saya itu. Bantuan yang saya hulurkan kepada kawan saya itu adalah mengajak dia ke rumah saya untuk menggunakan komputer ibu saya manakala saya menggunakan komputer riba saya untuk membuat tugasan saya. Pernah juga saya ke rumahnya dengan membawa komputer riba saya untuk dipinjamkan supaya kawan saya itu boleh melengkapkan tugasan itu.

 

Soalan Rangsangan (c)

Penggunaan ICT dalam pembalajaran di sekolah bertambah aktif. Bagaimanakah pihak sekolah boleh membantu murid-murid yang kurang berkemampuan memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer?

 

Pengenalan:

Penggunaan ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah bertambah aktif. Bukan sahaja itu, di kelas-kelas tuisyen juga penggunaan ICT dalam pembelajaran telah meningkat.

 

Nyatakan cadangan kamu:

Di sini saya ingin berkongsi beberapa cara yang sekolah-sekolah boleh lakukan untuk membantu murid-murid yang kurang berkemampuan memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer.

Cara yang pertama, pihak sekolah boleh memberi keizinan untuk menggunakan komputer di makmal komputer.

 

Berikan penerangan untuk setiap cadangan kamu itu:

Pihak sekolah boleh membenarkan murid-muridnya yang tidak boleh melakukan tugasan-tugasan mereka di rumah kerana tiada komputer di rumah menggunakan komputer di makmal sekolah. Dengan cara ini, murid-murid yang tidak ada komputer boleh datang ke sekolah untuk melengkapkan tugasan-tugasan itu.

 

Nyatakan cadangan kamu

Kedua, pihak sekolah boleh mendapatkan jumlah murid-murid yang tidak mempunyai alat-alat teknologi.

 

Berikan penerangan untuk setiap cadangan kamu itu

Setelah mendapatkan jumlah murid-murid yang tiada alat teknologi, pihak sekolah boleh menyediakan penggunaan komputer di sekolah. Pihak sekolah boleh mengetepikan komputer-komputer khas untuk kegunaan murid-murid tersebut. Dalam erti lain, pihak sekolah meminjamkan murid-murid tersebut komputer riba sebagai contoh untuk dibawa ke rumah supaya tugasan-tugasan itu boleh disiapkan di rumah masing-masing.

 

Nyatakan cadangan kamu:

Cara yang terakhir yang boleh saya sarankan adalah pihak sekolah boleh memberikan subsidi kepada murid-murid yang kurang berkemampuan untuk membeli sebuah komputer atau komputer riba.

Dengan memberikan subsidi atau potongan harga yang banyak, keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan boleh juga membeli sebuah alat teknologi ini untuk membuat tugasan-tugasan sekolah.

Selepas subsidi atau potongan harga, pihak sekolah boleh memastikan harga yang perlu dibayar oleh keluarga-keluarga itu rendah dan mengikut kemampuan keluarga-keluarga itu.

 

Penutup:

Sebelum saya mengakhiri perbualan saya ini, saya ingin katakan bahawa memiliki alat teknologi seperti komputer amat diperlukan kerana penggunaan ICT dalam pembelajaran bertambah. Susah sekiranya kita tidak ada sebarang alat teknologi untuk melakukan tugasan-tugasan yang guru.

 

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.7″][et_pb_row custom_padding=”14.5px|0px|14px|0px|false|false” _builder_version=”3.7″][et_pb_column type=”1_2″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text _builder_version=”3.7″ text_font=”||||||||”]

Dapatkan latihan tambahan bagi Perbualan Berdasarkan Video daripada Buku Bimbingan Lengkap PSLE Bahasa Melayu sekarang! Siap sedia untuk PSLE dengan buku bimbingan PSLE #1 di Singapura! Gunakan Kod Promo dan jimat membeli daripada kedia dalam talian kami sekarang! Hanya bagi 37 pembeli sahaja!

[/et_pb_text][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_2″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text _builder_version=”3.7″]

Gunakan Kod Promo SAYA BOLEH dan jimat $5!

[/et_pb_text][et_pb_button button_url=”http://pslebahasamelayu.akar.com.sg” url_new_window=”on” button_text=”Beli Sekarang! (Kedai %22Online%22)” button_alignment=”center” _builder_version=”3.7″ custom_button=”on” button_text_size=”16px” button_text_color=”#e02b20″ button_bg_color=”#edf000″ button_border_color=”#e02b20″ button_border_radius=”12px” button_letter_spacing=”0px” button_font=”Arial|700|||||||” button_icon=”%%114%%” button_icon_placement=”left” button_on_hover=”off” box_shadow_style=”preset2″ box_shadow_vertical=”4px” box_shadow_blur=”8px” box_shadow_spread=”-3px” box_shadow_color=”#000000″ animation_style=”bounce”][/et_pb_button][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.7″ custom_padding=”0|0px|0|0px|false|false”][et_pb_row _builder_version=”3.7″][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.7″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text _builder_version=”3.7″]

Klik untuk Panduan Seterusnya

<< Panduan Lisan PSLE Bahasa Melayu >>   << Panduan Bacaan Lantang >>

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section fb_built=”1″ fullwidth=”on” _builder_version=”3.2.2″ global_module=”1721″][et_pb_fullwidth_image src=”https://akar.com.sg/wp-content/uploads/2018/05/Akar-Website-Footer-Image.png” _builder_version=”3.2.2″]

 

[/et_pb_fullwidth_image][/et_pb_section]