Panduan Lisan PSLE Bahasa Melayu
Peperiksaan Lisan PSLE Bahasa Melayu: 16 & 17 Ogos 2018 (Khamis & Jumaat)
Gunakan Kod Promo SAYA BOLEH dan jimat $5!
- Ingat semula apakah adab-adab penting semasa ujian lisan.
- Apakah yang perlu kita lakukan untuk menguasai bahagian lisan?
PANDUAN LISAN
- membaca petikan karangan secara:
- lantang dengan lancar,
- sebutan yang betul dan
- artikulasi yang jelas serta ekspresi yang sesuai dengan menggunakan sebutan baku
- menerangkan atau memberikan respon dengan jelas berdasarkan video yang ditonton
- memberikan pendapat atau saranan secara koheren dan sesuai apabila berinteraksi dengan pemeriksa
PERINGKAT SEBELUM
- Sebelum masuk ke bilik peperiksaan:
- Setiap murid akan diberikan masa selama 10 minit untuk membuat persiapan sebelum diuji guru pemeriksa di bilik peperiksaan.
PERINGKAT PERSIAPAN
- 10 minit ini akan digunakan untuk:
- membaca teks serta;
- menonton video berulang kali agar lebih bersedia.
- Gunakan masa 5 minit untuk membaca teks beberapa kali, sebaik-baiknya 2 hingga 3 kali. Masa yang selebihnya (3 minit) diketepikan untuk menonton video.
- Murid dikehendaki menonton sebuah klip video pendek yang panjangnya berukuran 55-60 saat.
- Setelah itu, gunakan masa yang selebihnya (2 minit) untuk membuat persiapan bagi menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya berdasarkan video.
ADAB SEMASA SESI LISAN
- Sentiasa tenang dan berketerampilan yakin.
- Pastikan kamu kelihatan kemas pada hari peperiksaan.
- Beri hormat kepada guru-guru pemeriksa dengan ucapan “Salam sejahtera” atau “Selamat pagi”(sekiranya sesi peperiksaan lisan kamu dijadualkan pada waktu pagi).
- Perkenalkan diri dengan menyatakan nombor indek PSLE kamu supaya guru-guru pemeriksa dapat memastikan identiti kamu.
- Minta izin untuk duduk dan balas dengan ucapan “Terima kasih”.
- Sentiasa pandang guru-guru pemeriksa sepanjang sesi lisan itu.
- Beri ruang untuk mendengar respon guru.
- Sekiranya murid tidak dapat mendengar respon, arahan atau soalan guru dengan jelas, minta guru itu mengulang sekali lagi.
- Elakkan daripada berdiam diri tanpa sebarang respon.
- Guna bahasa baku.
- Beri respon dengan nada yang tenang serta konfiden.
- Ucapkan terima kasih sekiranya kamu sudah selesai.
Klik untuk Panduan Seterusnya
<< Panduan Bacaan Lantang >> << Panduan Perbualan Berdasarkan Video>>
