Panduan Bacaan Lantang PSLE Bahasa Melayu

 

Gunakan Kod Promo SAYA BOLEH dan jimat $5!

  • Bagaimana kita boleh meraih markah tinggi untuk bahagian bacaan lantang?
  • Apakah perkara-perkara yang boleh menjejas bacaan seseorang itu?
  • Apakah yang perlu dilakukan sekiranya kita menyebut perkataan dengan salah?

Bahagian pertama dalam komponen lisan ini hanya 20 markah dan yang paling mudah bagi murid untuk mendapat markah yang baik jika bukan markah penuh.

Setiap murid akan diberikan masa selama 10 minit untuk membuat persiapan sebelum diuji guru pemeriksa di bilik peperiksaan. 10 minit ini akan digunakan untuk membaca teks serta menonton video berulang kali agar lebih bersedia.

Gunakan masa 5 minit untuk membaca teks beberapa kali, sebaik-baiknya 2 hingga 3 kali. Masa yang selebihnya diketepikan untuk menonton video.

 

Guru pemeriksa menilai murid berdasarkan dua komponen besar iaitu:

  1. Sebutan dan Kejelasan – Murid dikehendaki menyebut setiap perkataan dengan tepat dan jelas.
  • Elakkan daripada melangkau (skip) perkataan yang sukar untuk disebut. Sebaliknya, pecahkannya kepada suku kata.
  • Jika perkataan terlalu panjang, elakkan baca dengan terlalu laju agar tidak  salah sebut perkataan.
  • Sebut perkataan itu berulang kali agar tidak janggal apabila membaca di hadapan guru pemeriksa.

 

  1. Kelancaran dan Gaya – Murid dikehendaki membaca petikan teks dengan lancar dengan nada yang bervariasi.
  • Elakkan membaca dalam satu nada sahaja. Ini akan membuat guru pemeriksa bosan. Sebaliknya, gunakan nada yang pelbagai (tinggi dan rendah) bersesuaian dengan ayat.
  • Pelbagaikan nada sambil perhatikan tanda baca yang sedia. Nada yang digunakan untuk bertanya tidak sama dengan nada untuk membuat pernyataan.
  • Tanda noktah (.) dan koma (,) – harus berhenti atau jeda (pause)
  • Tanda seru (!) – nada harus tinggi seperti kagum, terkejut atau menjerit
  • Tanda soal (?) – nada harus ada rentak menanyakan soalan

Rubrik Pemarkahan Untuk Bahagian Bacaan Lantang

SEBUTAN DAN KEJELASAN

(10 markah)

KELANCARAN DAN GAYA

(10 markah)

·     sebutan yang baik dan jelas serta konsisten          

·     bacaan sangat lancar

·     jeda dan rentak sesuai dan tidak teragak-agak

·     variasi nada sesuai

·     sebutan jelas tetapi terdapat sedikit kesilapan

·     bacaan lancar

·     jeda dan rentak sesuai, hampir tidak teragak-agak

·     variasi nada sesuai secara keseluruhan

·     sebutan jelas tetapi terdapat banyak kesilapan secara keseluruhan

·     bacaan lancar pada umumnya

·     jeda dan rentak sesuai tetapi teragak-agak sedikit

·     variasi nada memuaskan

·     sebutan agak susah difahami dan terdapat banyak kesilapan yang ketara

·     bacaan teragak-agak

·     jeda dan rentak tidak sesuai

·     terdapat sedikit variasi nada

·     sebutan tidak jelas dan kebanyakan perkataan salah sebut

·     bacaan teragak-agak dan terdapat perkataan-perkataan yang tidak dibaca

·     jeda dan rentak tidak sesuai

·     tiada variasi nada

 

 

Contoh Teks Bacaan

Teks Bacaan Lantang 1

              Jam di dinding menunjukkan pukul 1.30 petang dan menandakan sekolah waktu sekolah sudah tamat. Kelihatan ramai murid-murid berpusu-pusu keluar dari pagar sekolah.

              “Kamu hendak bermain bola selepas ini?” tanya Abu kepada Zaki.

               “Saya ada banyak kerja rumah yang perlu diselesaikan. Saya juga perlu ulangkaji untuk ujian Matematik lusa,” jawab Zaki.

                Abu mengeluh, kelihatan hampa.

                “Apa kata kamu ke rumah saya dan kita selesaikan semua kerja rumah dan ada dan ulangkaji dahulu? Selepas itu, kita akan ke padang untuk bermain bola,” cadang Zaki.

              Abu mengangguk tanda setuju. Mukanya kembali ceria. Abu langkah kanan pada hari itu kerana ibu Zaki telah masak lauk ayam lemak cili padi. Setelah selesai semuanya, mereka ke padang berdekatan dengan rumah Zaki dan bermain bola selama sejam bersama kawan-kawan mereka yang lain.

Dapatkan latihan tambahan bagi Bacaan Lantang daripada Buku Bimbingan Lengkap PSLE Bahasa Melayu sekarang! Siap sedia untuk PSLE dengan buku bimbingan PSLE #1 di Singapura! Gunakan Kod Promo dan jimat membeli daripada kedia dalam talian kami sekarang! Hanya bagi 37 pembeli sahaja!

Gunakan Kod Promo SAYA BOLEH dan jimat $5!