OneHeart Charity

OneHeart Charity merupakan program yang diasaskan mengikut prinsip kemanusiaan. Tanpa mengira kepelbagaian, kami bersatu dengan OneHeart untuk beramal. Individu daripada latar belakang yang berbeza seperti warna kulit yang berbeza, perbezaan bahasa, bangsa dan agama bersatu untuk membawa kebaikan bersama OneHeart.

Dengan tujuan murni, kami berhasarat untuk membawa kebaikan kepada orang lain serta diri kita sendiri. Kita melakukan kebaikan disertai dengan kasih dan sayang terhadap satu sama lain. Dengan berganding bahu, kita sama-sama membawa kebaikan kepada orang lain dan sama-sama bergading bahu menjadi sebahagian dalam OneHeart Charity.

Misi kami ‘Bring Good, with OneHeart’ merangkumi semua segala yang kita lakukan dalam hal ini.

Kami telah berkhidmat untuk ratusan penerima serta keluarga mereka dalam setiap majlis dan acara-acara tahunan termasuk acara OneHeart Charity Ramadhan.